Monday, 27 February 2012

JANGAN BIARKAN AKU TERCAMPAK KE DALAM NERAKA....

Hari ini aku terperangkap dalam kata-kataku... aku marah kawan aku kerana dia tidak menegur kesalahan aku yang mana dia ada kuasa untuk menegur  kesalahan aku  tp dia hanya mendiamkan.... sedangkan aku dah tanya blh x aku buat macam ni... bila dah aku buat dan selesai semuanya barulah dia menengur kesalahan aku.. sedangkan aku dah tanya semalam.. kenapa selepas aku telah melakukan dosa tersebut baru dia memberitahu aku...??? dan aku memberitahunya : "awk seolah-olah tengok dan membiarkan   saya terjun ke dalam neraka..." .....

aku mula memikirkan semuanya dan cuba terbalikkan pada diri aku....
bukankah aku juga sedang berbuat benda yang sama pada semua saudara-saudara seislamku...
aku biarkan mereka terus hanyut dan lalai
tanpa aku tegah atau menengur..
yang tidak tutup auratnya, couple, ikhtilatnya tak jaga..
aku mula terfikir.... aku sendiri tidak cuba untuk tarik saudara aku..
adakah saudara-saudaraku juga berperasaan sepertiku...
mahukan dianya ditegur dan dapat menolong mereka daripada jatuhn ke dalam neraka???

YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU YANG HINA INI....

" JANGAN MINTA HIDUP YANG MUDAH TAPI MINTAKLAH HATI YANG TABAH" kerana hidup takkan mudah kerana "perjuangan itu pahit dan syurga itu manis"

Thursday, 16 February 2012

BUKAN SALAHMU TEMAN.......

Aku yang bersalah...
kerana membuatmu kecewa, sedih dan marah,
kadangkala aku tidak sedar,
kadangkala aku sengaja ingin mendugamu,
mungkin aku terlalu naif untuk memahami bahawa gurauanku
telah membuat kau terasa hati.

Aku yang bersalah...
kerana tidak memenuhi semua hak-hak kau sebagai sahabat,
kadangkala aku mementingkan diri sendiri,
kadangkala aku tidak dapat memahami kesedihanmu,
mungkin aku tidak selayak untuk menjadi sahabatmu
setelah apa yang telah kulakukan padamu.

Aku yang bersalah..
kerana aku selalu menjauh,
aku menjauh bukan kerna aku benci atau tidak suka padamu,
aku menjauh untuk mencipta ruang agar kau lebih selesa tanpaku,
agar kau lebih nyaman tanpaku,
agar ku bisa melihatmu bersama sahabat yang lain,
itu tidak bermaksud kau telah buat kesalahan padaku,
...

maafkanku sahabat...
walaupun aku tiada lagi di ssimu...
Ingatlah ALLAH sentiasa ada dengan kita.....

Thursday, 22 September 2011

Maafkanlah Aku........

Wahai yang dizalimi,
Maafkanlah aku ini
Kerana jadi batu diam dalam mimpi!
Dan kalian nyalan obor iman dalam diri
Dan aku masih jadi dungu di sini!

Wahai yang sedang dizalimi,
Maafkanlah aku ini,
Kerana jadi saudara yang tak ada harga diri!
Dan kalian terus disembelih diletupkan dihimpiti ngeri
Dan aku masih lagi kenyang, lena dan gembira di sini!

Wahai yang terus dizalimi,
Maafkanlah...
Maafkanlah...
Tika kusembahkan dahiku di sedajah putih
Dan kau persembahkan darahmu yang bersih
Maka ujian terus membezakan darjat kita
Hingga aku tersedu di dinding malu yang tebal
Kerana telah menjadi saudara yang tidak reti mengasihani dan membela saudaranya sendiri!

Lalu,
Kupersembahkan maafku
Dalam zikir dan puisi rindu
Entahkan Allah terima atau tidak aku ini
Kerana jadi saudaramu yang masih tidak reti
Kerana jadi saudaramu yang tetap tidak reti
Yang tidak reti dan masih tidak reti
Membiarkan kau luka
Dan aku masih rela bermimpi dalam lena
Tentang bunga-bunga hampa
Tika kau gapai api-api
Dari cahaya Syurga!


Amanah dan Maruah

Alkisah... Seorang pemuda yang sedang menahan lapar pantas menuju ke sebuah gerai makan. Semasa hampir menghabiskan sebahagian kecil hidangannya yang tinggal, datanglah seorang kanak-kanak lelaki penjaja kuih.
Encik mahu membeli kuih saya? Ada karipap, cucur, ketayap. Mak saya yang buatkan. Ramai pelanggan yang kata sedap. Dengan ramah pemuda yang sedang menjamah makanannya itu menjawab: Takpelah dik, abang pun tengah makan ni.
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak berputus asa. Dia menunggu pemuda tersebut selesai menjamu seleranya dan sekali lagi mempelawanya membeli kuih-muih tradisional yang disediakan ibunya. Terima kasih sajalah adik, abang dah kenyang ni.
Selesai makan pemuda itu terus berjalan keluar dari situ menuju ke kenderaannya. Kanak-kanak tadi yang sudah seharian berjaja masih tidak berputus asa. Hati kecilnya berkata, Walaupun sudah kenyang, mungkin dia boleh bawa pulang sebagai buah tangan untuk orang-orang di rumahnya.
Kenak-kanak tersebut terpaksa membantu ibunya menjual kuih setelah kematian bapanya tidak berapa lama dulu. Dia mempunyai dua orang adik lagi yang masih kecil. Dan, buat kali ketiganya dia berkata: Bang, mahu beli kuih saya?
Pemuda tersebut kemudiannya mengeluarkan RM2 dah menghulurkannya kepada kanak-kanak tersebut. Adik ni memang tak reti menyerah kalah ye. Tak pe, ambil sahaja duit ni. Abang kira sedekah, okey? Kanak-kanak tersebut mengambil duit tersebut lalu diberikan kepada peminta sedekah yang kebetulan ada di situ. Pemuda tersebut kehairanan lantas dia bertanya:
Dik, abang bagi duit tu dekat adik, kenapa adik bagi kepada orang lain pula? Sambil menguntum senyum, kanak-kanak tersebut berkata, Bang, saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjualkan kuih yang dibuatnya ini walaupun dengan bersusah payah. Bukan jadi mengemis. Saya akan berasa bangga kalau pulang ke rumah dan berjumpa dengan ibu sekiranya kuih ibu habis terjual, lebih-lebih lagi saat saya memberikan ibu wang hasil kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis, bang.
Pemuda tadi seperti terpanah dengan kata-kata yang diucapkan oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia lebih kurang 12 tahun itu. Walaupun usianya belum dianggap matang, namun bagi kanak-kanak tersebut, beliau mengganggap kerja itu sebagai satu amanah. Jika dia tidak berjaya di dalam sesuatu kerja yang dilakukannya dan di dalam hal ini, menjual kuih, kanak-kanak berkenaan merasakan seolah-olah nilai dirinya berkurangan.
Kena pula dengan ajaran ibunya yang pantang jika anak-anaknya meminta-minta, menjadi pengemis. Kanak-kanak itu mahu melihat ibunya tersenyum dan gembira setiap kali menyambut kepulangannya di rumah. Senyuman bonda yang tulus dibalas dengan kerja yang terbaik dan mampu menghasilkan pendapatan.
Pemuda tadi akhirnya terus memborong kesemua kuih yang dijaja oleh kanak-kanak tersebut bukan kerana perutnya lapar tetapi prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu bahawa kerja adalah satu maruah dan, dia akan mendapat wang kalau sudah bekerja dengan baik.