Sunday 3 February 2013

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah


Mengikut Fathi Yakan
RINTANGAN PERTAMA:

ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat
berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat
kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan
Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan
permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan
ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Banyak yang berpecahbelah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati; membawa fitnah ke
sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, — Tuhan alam
semesta; tanpa mengambil pusing akan peringatan Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam. Beliau bersabda mengingatkan:

ليس مني ذو حسد ولا غميمة ولا آهانة ولا أنامنه
“Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut
bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.”

No comments:

Post a Comment