Thursday 16 February 2012

BUKAN SALAHMU TEMAN.......

Aku yang bersalah...
kerana membuatmu kecewa, sedih dan marah,
kadangkala aku tidak sedar,
kadangkala aku sengaja ingin mendugamu,
mungkin aku terlalu naif untuk memahami bahawa gurauanku
telah membuat kau terasa hati.

Aku yang bersalah...
kerana tidak memenuhi semua hak-hak kau sebagai sahabat,
kadangkala aku mementingkan diri sendiri,
kadangkala aku tidak dapat memahami kesedihanmu,
mungkin aku tidak selayak untuk menjadi sahabatmu
setelah apa yang telah kulakukan padamu.

Aku yang bersalah..
kerana aku selalu menjauh,
aku menjauh bukan kerna aku benci atau tidak suka padamu,
aku menjauh untuk mencipta ruang agar kau lebih selesa tanpaku,
agar kau lebih nyaman tanpaku,
agar ku bisa melihatmu bersama sahabat yang lain,
itu tidak bermaksud kau telah buat kesalahan padaku,
...

maafkanku sahabat...
walaupun aku tiada lagi di ssimu...
Ingatlah ALLAH sentiasa ada dengan kita.....

1 comment:

  1. Ukhti ku...

    Terasa mg benarlah firman Allah bhw mnusia ini memerlukanNYA...dlm brsahabat sekalipun

    ukhwah yg berlandaskan dunia akn saling meminggir bila susah...

    tapi ukhwah islamiyyah akn sentiasa memayungi setiap ketika...tiada erti lelah mhupun payah

    yg ada hnya kekuatan hati..yg saling membantu utk membangunkan Islam di mata dunia..

    ReplyDelete