Thursday 22 September 2011

Maafkanlah Aku........

Wahai yang dizalimi,
Maafkanlah aku ini
Kerana jadi batu diam dalam mimpi!
Dan kalian nyalan obor iman dalam diri
Dan aku masih jadi dungu di sini!

Wahai yang sedang dizalimi,
Maafkanlah aku ini,
Kerana jadi saudara yang tak ada harga diri!
Dan kalian terus disembelih diletupkan dihimpiti ngeri
Dan aku masih lagi kenyang, lena dan gembira di sini!

Wahai yang terus dizalimi,
Maafkanlah...
Maafkanlah...
Tika kusembahkan dahiku di sedajah putih
Dan kau persembahkan darahmu yang bersih
Maka ujian terus membezakan darjat kita
Hingga aku tersedu di dinding malu yang tebal
Kerana telah menjadi saudara yang tidak reti mengasihani dan membela saudaranya sendiri!

Lalu,
Kupersembahkan maafku
Dalam zikir dan puisi rindu
Entahkan Allah terima atau tidak aku ini
Kerana jadi saudaramu yang masih tidak reti
Kerana jadi saudaramu yang tetap tidak reti
Yang tidak reti dan masih tidak reti
Membiarkan kau luka
Dan aku masih rela bermimpi dalam lena
Tentang bunga-bunga hampa
Tika kau gapai api-api
Dari cahaya Syurga!


No comments:

Post a Comment