Monday 26 November 2012

Mutiara Pengisian Jiwa 1

1000 mancis tidak akan dapat menerangi kita yang berada dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kita ke jalan kesenangan.

dan Suatu pengembaraan di anggap gagal kalau kita tidak dapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kita tidak faham, bahawa sesuatu yang kita jumpa dalam perjalanan, adakalanya lebih baik daripada apa yang kita cari.~ Panrita - Arena Wati

Begitu juga ujian, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendaklah kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?


Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”



Tuesday 20 March 2012

Ter'uji'kah aku??





Ya ALLAH, jika ini ujian-Mu padaku kuatkanlah imanku, kuatkanlah jasadku, kuatkanlah peganganku, kuatkanlah jiwaku, kuatkanlah fikiranku, kuatkanlah nafasku dalam kelelahan ini, untuk menangani dan menghadapi ujian-Mu. Amiin.... 

Monday 27 February 2012

JANGAN BIARKAN AKU TERCAMPAK KE DALAM NERAKA....

Hari ini aku terperangkap dalam kata-kataku... aku marah kawan aku kerana dia tidak menegur kesalahan aku yang mana dia ada kuasa untuk menegur  kesalahan aku  tp dia hanya mendiamkan.... sedangkan aku dah tanya blh x aku buat macam ni... bila dah aku buat dan selesai semuanya barulah dia menengur kesalahan aku.. sedangkan aku dah tanya semalam.. kenapa selepas aku telah melakukan dosa tersebut baru dia memberitahu aku...??? dan aku memberitahunya : "awk seolah-olah tengok dan membiarkan   saya terjun ke dalam neraka..." .....

aku mula memikirkan semuanya dan cuba terbalikkan pada diri aku....
bukankah aku juga sedang berbuat benda yang sama pada semua saudara-saudara seislamku...
aku biarkan mereka terus hanyut dan lalai
tanpa aku tegah atau menengur..
yang tidak tutup auratnya, couple, ikhtilatnya tak jaga..
aku mula terfikir.... aku sendiri tidak cuba untuk tarik saudara aku..
adakah saudara-saudaraku juga berperasaan sepertiku...
mahukan dianya ditegur dan dapat menolong mereka daripada jatuhn ke dalam neraka???

YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU YANG HINA INI....

" JANGAN MINTA HIDUP YANG MUDAH TAPI MINTAKLAH HATI YANG TABAH" kerana hidup takkan mudah kerana "perjuangan itu pahit dan syurga itu manis"

Thursday 16 February 2012

BUKAN SALAHMU TEMAN.......

Aku yang bersalah...
kerana membuatmu kecewa, sedih dan marah,
kadangkala aku tidak sedar,
kadangkala aku sengaja ingin mendugamu,
mungkin aku terlalu naif untuk memahami bahawa gurauanku
telah membuat kau terasa hati.

Aku yang bersalah...
kerana tidak memenuhi semua hak-hak kau sebagai sahabat,
kadangkala aku mementingkan diri sendiri,
kadangkala aku tidak dapat memahami kesedihanmu,
mungkin aku tidak selayak untuk menjadi sahabatmu
setelah apa yang telah kulakukan padamu.

Aku yang bersalah..
kerana aku selalu menjauh,
aku menjauh bukan kerna aku benci atau tidak suka padamu,
aku menjauh untuk mencipta ruang agar kau lebih selesa tanpaku,
agar kau lebih nyaman tanpaku,
agar ku bisa melihatmu bersama sahabat yang lain,
itu tidak bermaksud kau telah buat kesalahan padaku,
...

maafkanku sahabat...
walaupun aku tiada lagi di ssimu...
Ingatlah ALLAH sentiasa ada dengan kita.....